PETALING JAYA – Trafik dilaporkan kembali perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak setakat pukul 12.30 tengah hari, hari ini.
Menurut hantaran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook, kesesakan turut dilaporkan di Lebuh Raya Utara-Selatan dari Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban dan Senai (utara) ke Kulai.
“Selain itu, trafik juga perlahan dari Tapah ke Gopeng dan Slim River ke Sungkai,” katanya dalam hantaran yang sama.
Di Pulau Pinang pula, trafik dilaporkan bergerak lancar di kedua-dua arah di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – KOSMO!ONLINE