fbpx

Wanita warga emas hilang ditemui membengkak di Sungai Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat wanita warga emas warga tempatan yang dilaporkan hilang di temui membengkak di Sungai Segamat, Johor petang semalam.

SEGAMAT – Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas, di kawasan Sungai Segamat di Bandar Segamat, di sini malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, mayat warga emas berusia 80an itu ditemui oleh orang awam sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis kira-kira pukul 7 petang.

“Pengecaman dilakukan waris mangsa mengesahkan bahawa ia adalah mayat waris terdekat, berdasarkan kepada raut wajah wanita itu sebelum keluar rumah dua hari lalu dan mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat,”katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, Sungai Segamat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Segamat Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd Hazim Abdul Razak berkata, pihaknya dimaklumkan pihak polis mengenai penemuan mayat mangsa kira-kira pukul 7.01 malam.

“Operasi disertai tujuh anggota termasuk seorang pegawai disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dan kita temui mangsa terdampar di gigi air (tepi) sungai tanpa berpakaian, membengkak dan menyerahkan mayat kepada pihak polis. Jenazah dibawa ke Jabatan Forensik HDS untuk tindakkan lanjut dan operasi ditamatkan kira-kira pukul 8 malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI