fbpx

Wanita mengamuk minta ibu beli beg tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu berguling-guling di halaman rumahnya. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita mengamuk di halaman rumah untuk meminta ibunya membelikan beg tangan baharu, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.medan.  

Ketika kejadian, wanita itu pada awalnya dilihat melempar barang ke atas tanah sambil merengek. 

Dia kemudian berkelakuan seperti seorang kanak-kanak apabila menangis sambil berguling-guling di atas tanah.

“Belikan saya beg tangan, mak,” jerit wanita itu kepada ibunya yang berada di tangga rumah.

Mendengar permintaan itu, si ibu mengaku tidak dapat membeli beg kerana ketiadaan wang sebelum dia memarahi anaknya.

Gelagat wanita itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tantrum di usia tua, memang ngeri ya. Saya sangkakan kanak-kanak sahaja tantrum, ternyata orang tua pun ada,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI