fbpx

Tun M tidak bertanding PRN, sokong gerakan orang Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir menerima poster Tanah Aku daripada Timbalan Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Ir. Mohd Zin (kanan) pada sidang akhbar khas di Hotel Sama-Sama, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

SEPANG – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi gambaran untuk tidak bertanding bagi mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau akan bergerak aktif untuk memberikan sokongan kepada mana-mana gerakan orang Melayu yang mahu menabur bakti kepada negara.

“Saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya kali ini, tetapi akan aktif menyokong gerakan orang Melayu yang mahu ada bahagian mereka di negara ini.

“Mereka tidak mahu negara ini menjadi negara orang lain, tetapi melibatkan pelbagai kaum kerana ramai sedang menolak Melayu untuk jatuh dan terus menjadi miskin.

“Ini adalah objektif saya untuk tidak lagi menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar khas di Hotel Sama-Sama di sini tadi.

Untuk rekod, Kelantan menjadi negeri pertama dibubarkan pada 22 Jun diikuti Selangor sehari selepas itu, manakala tiga DUN dibubarkan hari ini iaitu Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah.

Negeri Sembilan pula menjadi negeri tunggal yang masih belum mengumumkan pembubaran secara rasmi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai ajakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengannya, Dr. Mahathir berkata, beliau akan berjumpa kelak bagi menjelaskan tentang Proklamasi Orang Melayu.

“Sebelum Aidiladha sukar (berjumpa Muhyiddin) sebab esok sudah raya. Jadi, saya akan berjumpa beliau bagi menerangkan tentang tujuan pelaksanaan POM.

“Perkara ini bukan demi mendapatkan sokongan semua orang, tetapi kaum Melayu secara keseluruhan kerana kita lihat mereka sudah hilang kawalan,”’jelasnya.

Ketika ditanya tentang keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bertanding secara solo pada PRN kali ini, Dr. Mahathir berkata, ia sukar untuk membentuk kerajaan ekoran hanya memenangi beberapa kerusi.

“Jika bergerak secara solo and masuk pilihan raya dengan bertanding beberapa kerusi, tidak banyak perkara dapat dilakukan.

“Kena jadi kerajaan kerana itu tujuannya. Kita perlu letak calon secukupnya (jika mahu bertanding), jika menang boleh jadi kerajaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI