fbpx

Trafik sesak 27km dari Plaza Tol Gombak sempena raya esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di Genting Sempah setakat pukul 2.30 petang hari ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan semakin sesak ekoran pertambahan kenderaan sejak pagi tadi apabila orang ramai mula pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha esok

Menerusi laporan di Twitter Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), trafik di KLK masih sesak sepanjang 27 kilometer (km) bermula dari Plaza Tol Gombak sehingga ke Bentong.

“Trafik sesak sepanjang 14.7km dari Plaza Tol Gombak hingga Genting Sempah.

“Dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi, trafik sesak sepanjang 3.8km, Bukit Tinggi ke Lentang (2.7km) dan 5.8km dari Lentang ke Bentong,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan trafik bagi LPT 1 dilaporkan masih lancar di kedua-dua hala manakala trafik untuk LPT2 semakin sesak terutama di Plaza Tol Kuala Terengganu.

Sementara itu, menurut Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan sedikit perlahan ekoran kemalangan di KM278.9 arah utara Bandar Ainsdale ke Nilai.

Selain itu, trafik turut dilaporkan perlahan dari Terowong Menora ke Sungai Perak, Tapah ke Gopeng, Slim river ke Sungkai dan Rawang ke Sungai Buaya

“Bagi arah selatan, trafik perlahan dari Senawang hingga ke Simpang Ampat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI