fbpx

Sapura meterai MoC untuk perluas program TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sapura Energy telah melatih lebih daripada 300 pelajar mengikuti latihan dalam bidang minyak dan gas. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan kerajaan Malaysia untuk  membentuk kemahiran tenaga kerja melalui perkembangan inisiatif berterusan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Datuk Mohd. Anuar berkata, matlamat Kumpulan adalah untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap buruh asing, serta memastikan bayaran kompetitif untuk perkerja rakyat Malaysia kita.

“Kami bersedia untuk melanjutkan inisiatif TVET melebihi daripada pusat latihan yang tersedia di kawasan fabrikasi Lumut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut beliau, sebagai salah satu majikan terbesar bagi sektor minyak dan gas, pihaknya komited untuk menyediakan latihan dan peluang pekerjaan untuk tenaga kerja warga negara yang mahir dan separuh mahir.

Tambah beliau, pada masa akan datang, Sapura Energy komited untuk melabur sebanyak RM1.4 juta untuk tiga tahun seterusnya demi memajukan lagi inisiatif TVET khususnya dalam industri minyak dan gas secara berterusan.

Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan lebih kurang 1,100 pelajar.

Sejak pelancaran program TVET pada 2019, Sapura Energy telah menyediakan latihan penting, memupuk kemahiran penting dan pengetahuan industri kepada kira-kira 320 pelajar.

Kini, lebih daripada 3,000 warga Malaysia dengan bangganya berkhidmat sebagai kraf dan anak kapal di kawasan fabrikasi,
vesel dan pelantar penggerudiannya di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI