fbpx

PRN: MB Negeri Sembilan menghadap Tuanku Muhriz mohon perkenan bubar DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, Seremban hari ini bagi perkenan pembubaran DUN. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat tiba di pekarangan istana pada pukul 10 pagi tadi menaiki kenderaan rasmi.

Aminuddin menghadap baginda Tuanku bagi memohon perkenan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini yang dijangka 30 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI