fbpx

Pemuda hilang terjun sungai lepas dibuang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan pencarian di sekitar sungai Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor hari ini

KUALA LANGAT – Seorang pemuda dipercayai mempunyai masalah tekanan perasaan dilaporkan hilang selepas terjun ke dalam sungai di Kampung Labohan Dagang, Banting di sini hari ini.

Mangsa berusia 24 tahun yang dikatakan baharu diberhentikan kerja tiga hari lalu dilihat terjun dalam sungai tersebut kira-kira pukul 5.30 pagi oleh orang awam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.02 pagi.

Katanya, selipar mangsa turut ditemui di lokasi kejadian dan disahkan waris mangsa.

“Berdasarkan maklumat awal mendapati lelaki tersebut mengalami tekanan perasaan sama ada melibatkan keluarga atau cinta.

“Pemuda itu juga baharu tiga hari diberhentikan kerja sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah beliau, anggota operasi membuat pencarian di sekitar tebing sungai selain menggunakan bot bagi kaedah surface searching.

Jelas Muhammadul Ehsan, mangsa belum ditemui setakat ini dengan Pusat Kawalan Bencana juga telah dibuka di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI