PETALING JAYA – Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang akan diadakan pada 15 Julai ini.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, majlis pelancaran akan diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
“Ayuh sama-sama kibarkan Jalur Gemilang,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, beliau memaklumkan, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ahli Dewan Negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan semalam. – KOSMO! ONLINE