fbpx

Op Lancar sempena Aidiladha dilaksana hari ini hingga 2 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Julai sempena perayaan Hari Raya Aidiladha.

JSPT dalam satu kenyataan di Facebook memberitahu, pelaksanaan Op Lancar tersebut adalah bagi memastikan aliran trafik bergerak dengan baik di seluruh negara sepanjang tempoh lima hari berkenaan.

“Op Lancar pada kali ini berperanan memantau dan mengambil tindakan penyuraian lalu lintas di semua di semua lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan lebuh raya yang menghubungkan negeri dan daerah seperti jalan persekutuan, jalan negeri serta jalan bandaran.

“Selain itu, persimpangan lampu isyarat atau persimpangan yang dijangkakan akan berlaku kesesakan yang melampau turut di pantau bagi memberi keselesaan pergerakan lalu lintas,” ujarnya semalam.

Sehubungan itu, JSPT mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa bekerjasama, berhemah, berhati-hati dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemanduan bagi mengelak kemalangan berlaku.

“Rancang pergerakan dengan kesihatan yang baik dan minda yang cergas,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI