fbpx

Nelayan terkandas lebih 10 jam diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAIDEE (dua dari kanan) ditemui terkandas di beting Pulau Menatang, Melaka pada pukul 8.30 pagi tadi.

ALOR GAJAH – Seorang nelayan diselamatkan selepas terkandas lebih 10 jam di Pulau Menatang, Telok Mas dekat sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa, Zaidee Nasir, 52, kira-kira pukul 11.10 malam tadi.

Menurutnya, laporan tersebut dibuat oleh Persatuan Nelayan Sungai Punggur Alai yang memaklumkan mangsa tidak pulang ke darat selepas keluar menangkap ikan di kedudukan 0.6 batu nautika tenggara Pulau Menatang.

“Mangsa yang kali terakhir dilihat memakai kemeja T berwarna kelabu dan seluar panjang berwarna hitam dipercayai tidak pulang ke rumah setelah keluar ke laut untuk menangkap ikan pada pagi semalam.

“Susulan itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru, Johor mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 11.40 malam semalam dan bot Benteng 04 ditugaskan untuk membuat pencarian awal di lokasi kejadian, namun tiada sebarang penemuan ditemui,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Iskandar, satu Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) turut ditubuhkan di Jeti Sungai Punggur Alai dalam operasi tersebut.

Mengulas lanjut beliau berkata, bot dipercayai milik mangsa bagaimanapun kemudian telah ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 8.30 pagi di beting Pulau Menatang.

Katanya, mangsa telah dibawa naik di Jeti Sungai Punggur Alai dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan operasi tersebut yang melibatkan seramai 76 anggota daripada pelbagai agensi serta 13 buah aset itu ditamatkan pada pukul 10 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI