fbpx

Nama Michelle Yeoh di Hollywood Walk of Fame

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICHELLE Yeoh tersenarai sebagai artis yang akan menerima penghargaan Walk Of Fame di Hollywood untuk Kelas 2024.

BINTANG antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kini tersenarai antara 31 selebriti yang akan menerima bintang dambaan di Hollywood Walk of Fame bagi Kelas 2024.

Senarai berkenaan diumumkan Hollywood Chamber of Commerce, yang memilih penggiat seni daripada pelbagai lapangan menerusi penilaian membabitkan ratusan pencalonan pada 16 Jun lalu.

Bagi kategori filem, aktres berusia 60 tahun itu sebaris dengan pelakon Black Phanter iaitu mendiang Chadwick Boseman;
Presiden Marvel, Kevin Feige serta Gal Gadot, Maggie Gyllenhaal dan Christina Ricci.

Bagi penyanyi pula, antara penerima bintang adalah band ikonik, Def Leppard selain Gwen Stefani dan artis hip-hop, Dr Dre.

Michelle, 60, mencipta sejarah sebagai pelakon Asia pertama memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Academy Awards atau Oscar menerusi filem Everything Everywhere All At Once pada Mac lalu.

Sebelum itu anak seni kelahiran Ipoh, Perak itu meraih trofi Aktres Terbaik di Anugerah Golden Globe serta Screen Actors Guild Award.

Beliau turut mengambil peluang pulang ke tanah air bagi meraikan kemenangan bersama ribuan peminat di Pavilion, Kuala Lumpur pada 18 April lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Walk of Fame, Ellen K, saban tahun barisan penilai memilih penerima yang layak dengan penuh teliti daripada pelbagai lapangan dalam dunia hiburan.

“Jawatankuasa melakukan tugas menakjubkan memilih mereka yang berbakat besar ini.

“Kami tak sabar melihat reaksi penerima bintang sekaligus menjadi sebahagian daripada sejarah Hollywood,” katanya menerusi laman rasmi penganjur, hari ini.

Bagaimanapun tarikh meraikan 31 penerima bintang Walk of Fame yang diadakan di laluan tersohor di
Hollywood Boulevard dan Vine Street itu belum diumumkan pengelola.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI