fbpx

Muda sokong kerajaan atau pembangkang? – Adam Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Adli.

PETALING JAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) digesa untuk menetapkan pendirian sama ada masih menganggap sebagai blok kerajaan atau tidak.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli berkata, Muda perlu memberi penjelasan susulan keputusan parti itu yang ingin bertanding secara ‘solo’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Muda nak cabar siapa dalam PRN sebenarnya? Pakatan Harapan (PH) adalah penyandang di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Masuk PRN ertinya mencabar penyandang, dengan tujuan menggantikan penyandang tersebut. Adakah itu matlamat Muda?” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Adam yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Muda tidak perlu memberikan jawapan retorik politik tua atau muda sebaliknya menjelaskan matlamat mereka.

“Jika ada matlamat menggantikan kerajaan negeri, secara tidak langsung dalam pemahaman masyarakat ertinya PH ini dibayangkan oleh Muda sebagai tidak lagi layak kerajaan, begitu?

“Kalau masuk PRN hanya kerana gagal dapatkan ruang nak bertemu dan bermesyuarat, maka saya anggap Muda bukan rakan kongsi yang sesuai disimpan. Ia hanya tentang kepentingan anda, bukan rakyat,” ujarnya.

Justeru, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu menegaskan bahawa Muda perlu menyatakan sama ada masih menyokong kerajaan atau ingin beralih kepada pembangkang.

“Jika tidak lagi sokong (kerajaan), boleh lintas ke blok pembangkang. Tiada siapa halang, tidak salah pun dari segi undang-undang,” jelasnya.

Terdahulu, Muda mengumumkan akan bertanding PRN atas kekuatan parti mereka sendiri tanpa bergabung dengan parti-parti politik yang besar.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan untuk bertanding secara bersendirian itu dibuat selepas mendapat sokongan daripada ahlinya sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI