PETALING JAYA – Milo, salah satu jenama keluaran Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle) telah menerajui pelbagai inisiatif dan program sukan yang memberi tumpuan terhadap usaha menyemai nilai-nilai penting dalam kehidupan masyarakat serta membantu kanak-kanak melangkah jauh dalam menunaikan tanggungjawab yang bakal dipikul dalam hidup mereka.
Antara inisiatifnya adalah Milo Champions Clinic, iaitu program sukan
menyeluruh untuk kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun.
Ia memberikan pendedahan awal dan latihan kemahiran di bawah tunjuk ajar dan bimbingan jurulatih profesional.
Selain itu, sebagai sebahagian daripada program tersebut pada tahun ini, sebuah forum bertajuk ‘Sukan Ibarat Guru Hebat’, syarikat telah memberi peluang unik kepada bakal-bakal juara muda untuk mempelajari sedikit sebanyak daripada atlet muda terkenal yang cemerlang dalam kedua-dua bidang sukan mahupun akademik.
Selain itu, forum tersebut juga menekankan peranan penting yang dimainkan ibu bapa dan pendidik untuk memupuk perkembangan kanak-kanak.
Pengurus Pemasaran Sukan Milo, Nestlé (Malaysia) Berhad, Lim Kerwin berkata, sejak 70 tahun yang lalu, MILO telah membina warisan kukuh untuk menyokong sukan di peringkat akar umbi dan pembangunan sukan negara untuk melahirkan juara negara.
“Bagi kami, menjadi seorang juara itu menjangkaui kecemerlangan dalam bidang sukan. Ini termasuk kemahiran dan nilai berharga
yang boleh disemai oleh kanak-kanak menerusi sukan dan diterapkan dalam kerjaya dan kehidupan peribadi masing-masing,” katanya dalamm kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Selain itu, Lim menerangkan forum tersebut juga menekankan usaha Kementerian Pendidikan menyokong pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan menerusi Program Penggalakan yang menyediakan modul komprehensif bagi memenuhi pembangunan atlet pelajar.
“Kami berharap dengan penganjuran forum ini serta inisiatif sukan lain di peringkat akar umbi, kami dapat memberi penekanan tentang peranan penting yang dimainkan oleh guru-guru dan ibu bapa dalam membentuk individu serba boleh.
“Yang mana mereka juga sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan menerusi pengajaran penting yang ditimba daripada pembelajaran sukan,” jelas beliau. -KOSMO!ONLINE