fbpx

Manchester United terima kejutan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE yang menjadi buruan United mungkin akan dijual ke Bayern pada harga yang lebih rendah oleh Spurs. – AFP

LONDON – Penyerang prolifik Tottenham Hotspur, Harry Kane mengejutkan ramai pihak apabila didakwa telah mengenal pasti bahawa juara Jerman, Bayern Munich sebagai destinasi baharunya selepas ini.

Difahamkan, pengendali Ba­yern, Thomas Tuchel mendesak pengurusan tertinggi kelab berkenaan agar menandata­ngani Kane kerana melihat kapten Spurs dan England itu mampu menjadi ‘mesin gol’ baharu pasukannya.

Menariknya, media-media di England melaporkan Bayern berkeyakinan tinggi bahawa tawaran mereka bernilai £85 juta (RM504.81 juta) akan diterima oleh Spurs kerana faktor kontrak Kane yang berbaki setahun sahaja lagi.

Ia amat mengejutkan kerana Pengerusi Spurs, Daniel Levy pernah meletakkan harga se­tinggi £100 juta (RM593.90 juta) yang menyebabkan Manchester United ‘hilang minat’ untuk mendapatkan penyerang berusia 29 tahun itu.

The Bavarians merasakan Kane berpeluang untuk menjulang trofi sebelum menutup karier profesionalnya selepas gagal melakukannya bersama Spurs walaupun mempunyai 280 gol sejak membuat debut dengan kelab itu pada usia 12 tahun.

Situasi itu memberikan tamparan hebat kepada United dan juga Real Madrid yang terdesak untuk mendapatkan penyerang baharu bagi menggantikan Karim Benzema selepas berhijrah menyertai Al-Ittihad di Arab Saudi.

Bayern merasakan kehadiran Kane mampu menyelesaikan masalah ketajaman di bahagian serangan sejak Robert Lewandowski menyertai Barcelona musim lalu.

Biarpun berjaya mempertahankan gelaran Bundesliga, tetapi persembahan Bayern tidak meyakinkan tanpa penyerang tulen seperti Lewandowski yang pernah meledak 238 gol dalam 253 penampilan bersama Bayern dari 2013 hingga 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI