fbpx

Mahkamah: Anak bunuh ibu diperintah jalani rawatan psikiatrik sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENG CHAI diarahkan Mahkamah Majistret Muar supaya menjalani rawatan psikiatrik selama satu bulan di Hospital Permai, Johor Bahru

MUAR – Suspek yang dituduh membunuh ibunya menggunakan kapak diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini supaya menjalani rawatan psikiatrik selama sebulan di Hospital Permai, Johor Bahru.

Tertuduh memberikan reaksi, “Berapa, satu bulan ke?” selepas mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani rawatan tersebut setelah pihak pendakwaan memohon mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu, Lim Seng Chai, 47, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh ibunya, Tan Choo Gek, 73, menggunakan kapak di sebuah rumah di Taman Temiang Utama antara pukul 7 sehingga 8.20 malam, 18 Jun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang dikenakan hukuman mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nabihah Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Julai depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI