fbpx

Mahkamah: 8 rakan mengaku bersalah miliki air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, Negeri Sembilan hari ini, atas pertuduhan memiliki air ketum Ahad lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

JEMPOL – Lapan sekawan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, atas tuduhan memiliki air ketum di tepi jalan Felda Serting Hilir 4, Ahad lalu.

Tertuduh, Abdul Hafiz Mohamad, 27, Mohd Khairi Md Said, 34, Muhammad Aezard Md Zin, 27, Iskandar Hafizie Hamdan, 26, Muhamad Zaidy Abd Ghafar, 36, Muhamad Fajrul Bin Amil, 26, Muhammad Noor Aziman Amil, 26 dan Naim Othman, 27 , membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan bersama, pada 25 Jun kira-kira pukul 11.40 malam, bertempat di sebuah pondok tepi jalan Felda Serting Hilir 4, ada dalam milikan tertuduh cecair disyaki air ketum dengan jumlah isipadu cecair tersebut ialah 2.50 liter.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Salwati Abdullah, manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

Salwati kemudiannya memohon tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan menawarkan wang jaminan sebanyak RM5,000

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang dan tarikh 21 Julai ini sebagai sebutan semula kes.

Dalam pada itu, Iskandar Hafizie turut mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan iaitu memiliki dadah berbahaya mengandungi 1.5 gram dadah jenis methamphetamine, manakala mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI