fbpx

Lelaki bunuh 7 bayi hasil sumbang mahram dakwa turuti arahan dukun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rudi mengaku melakukan perbuatan jenayah itu untuk menjadi kaya. - Wilibrordus Megandika Wicaksono

JAKARTA – Suspek pembunuhan tujuh bayi hasil perbuatan sumbang mahram dengan anak perempuannya di Banyumas, wilayah Jawa Tengah mengaku melakukan jenayah itu kerana menuruti arahan dukun, lapor laman berita Kompas.id semalam.

Rudi, 57, memaklumkan bahawa dukun tersebut menyuruh dia menyetubuhi anaknya sendiri dan membunuh bayi yang dilahirkan sekiranya dia ingin cepat kaya.

Ketua Polis Banyumas, Edy Suranta Sitepu berkata, Rudi pernah pergi ke daerah Klaten di Jawa Tengah untuk bertemu seorang dukun pada 2011.

“Dia bertemu seorang dukun yang menasihatinya bahawa jika ingin menjadi kaya, dia perlu bersenggama dengan anak kandungnya.

“Jika anak hasil persetubuhan itu lahir, ia mesti ditanam hidup-hidup. Ini harus dilakukan sebanyak tujuh kali,” kata Edy semasa sidang akhbar semalam.

Hasil soal siasat, Rudi mengaku bersalah membunuh tujuh bayi hasil perbuatan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang bernama E, 26, antara 2013 hingga 2021.

Menurut Edy, pengakuan Rudi mengenai arahan dukun itu akan disiasat untuk mengenal pasti sekiranya ia benar-benar berlaku atau rekaan suspek.

Akibat perbuatannya itu, Rudi berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati. Ketika ini, polis masih menyiasat sama ada terdapat pesalah lain yang terlibat dalam kes itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI