fbpx

Kerjasama Fajarbaru, PDC bangunkan bandar perubatan di Bandar Cassia, Batu Kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khian Leng (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PDC, Datuk Aziz Bakar pada majlis pemeteraian MoU semalam.

PETALING JAYA – Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk membangunkan sebuah bandar perubatan dan hab pembangunan bercampur di Bandar Cassia, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan.

Bandar yang bakal dikenali sebagai Medi-City Bandar Cassia itu terletak di kawasan seluas  92 hektar itu bakal berfungsi sebagai hab perubatan yang menyediakan perkhidmatan eko-pelancongan dan perniagaan global dengan kemudahan termasuk hospital, kampus perubatan, hab bekalan perubatan, suite korporat, pusat pemulihan, perkampungan persaraan dan pusat kesihatan.

Sebagai sebahagian daripada MOU tersebut, Fajarbaru juga akan bekerjasama dengan perunding profesional dan pakar industri untuk menjalankan kajian pasaran serta kajian daya maju, membangunkan cadangan mengenai aspek teknikal selain bidang kewangan untuk keseluruhan pembangunan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Datuk Seri Eric Kuan Khian Leng berkata, pihaknya berbesar hati dengan peluang kerjasama yang terjalin dengan  PDC  dalam projek hartanah tersebut.

Menurut beliau, bandar perubatan itu  bakal mewakili satu peristiwa penting dalam evolusi penjagaan kesihatan dan teknologi, menghimpunkan minda yang cemerlang, infrastruktur terkini dan ekosistem yang kondusif untuk penyelidikan dan pembangunan. 

“Matlamat kami adalah untuk membangunkan bandar perubatan yang berintegrasi ke dalam komuniti, menyumbang kepada kesihatan, kesejahteraan dan ekonomi masyarakat sekeliling di samping menarik pelancong perubatan dari seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Khian Leng menjelaskan, cadangan Kumpulan juga termasuk elemen bukan perubatan, runcit, hotel, kediaman, hab komersial, komponen rekreasi dan sistem pengangkutan bersepadu. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI