fbpx

Jualan lembu korban merosot, harga naik punca tempahan kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEMPAHAN lembu untuk dijadikan ibadah korban dan aqiqah berkurangan ekoran harga lembu naik sehingga RM6,000 seekor.

PONTIAN – Persatuan Penternak Lembu dan Kambing Negeri Johor (PPLKNJ) mendakwa disebabkan kenaikan harga lembu menyebabkan jualan lembu bagi ibadah korban merosot.

Presiden PPLKNJ, Abd. Samad Samiran berkata, banyak lembu tidak habis dijual oleh ahli-ahlinya walaupun mereka telah menyediakan lebih daripada 50 ekor lembu sebagai persediaan pada tahun ini.

Katanya, kenaikkan harga lembu antara RM5,500 hingga RM6,000 seekor menyebabkan pelanggan kurang berkemampuan untuk membelinya terutama yang melakukan ibadah bersama keluarga.

Menurut beliau, penternak sedaya upaya untuk memaksimumkan kos tersebut, namun mereka kini berhadapan dengan kenaikkan harga makanan lembu yang meningkat sepanjang masa

“Ramai ahli kami mengeluh kerana tidak balik modal kerana telah menyediakan lembu bagi ibadah korban namun tetapi jualan tidak sepertimana yang diharapkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Abd. Samad, sekiranya lembu-lembu tersebut tidak dapat dijual, penternak tentu akan mengalami kerugian yang besar kerana terpaksa menampung kos makanan setiap hari sehingga dijual.

“Kami memohon supaya isu kenaikkan harga makanan lembu dapat ditangani oleh pihak-pihak berkenaan kerana menjadi punca menyebabkan penternak beralih kepada bidang pekerjaan yang lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI