fbpx

Jaminan kerajaan stabilkan kedudukan kewangan Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani perjanjian melibatkan jaminan kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi menstruktur semula pinjaman agensi tersebut.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ia dibuat melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan agensi terbabit.

“Jaminan kerajaan itu dijangka dapat menstabilkan kedudukan kewangan Felda serta menjamin model perniagaan yang lebih mampan supaya terus berupaya mengangkat mobiliti sosial warga peneroka dan generasi baharu Felda,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini tadi.

Kata kenyataan itu, sebahagian besar penstrukturan semula pinjaman Felda akan melibatkan pengurangan prinsipal hutang agensi itu bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion.

“Ia juga akan mengurangkan kos kewangan Felda terhadap kadar faedah dikenakan serta membolehkan mereka memberi pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan pada tahun 2021.

“Di samping itu, kerajaan telah menambah baik tata kelola penyaluran dana kepada Felda sebagai agensi badan berkanun kerajaan dengan melantik Amanah Raya Trustees sebagai pemegang amanah transaksi akaun. Ia bagi memastikan pelan transformasi Felda berada di landasan tepat serta memenuhi keperluan akauntabiliti dan integriti,” jelasnya.

Menurutnya, kerajaan telah bersetuju memberi jaminan kerajaan kepada Felda pada tahun 2019 bagi membolehkan agensi tersebut melaksanakan pelan pemulihannya di bawah program transformasi yang bermula pada tahun 2020 untuk tempoh lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI