fbpx

Dua beranak maut Myvi bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Perodua Myvi dinaiki mangsa yang remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 145 Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin, Pahang awal pagi tadi.

ROMPIN – Dua beranak maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 145 Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini awal pagi ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta, Azirul Azeem Mazri,30, dan anaknya Muhammad Adhwa yang berusia 10 bulan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azahari Mukhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta jenis Perodua Myvi berkenaan dipercayai memotong kenderaan lain dan masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan treler yang datang dari arah Kuantan ke Johor Bahru.

“Akibat kemalangan pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,”katanya.

Tambahnya, seorang lagi penumpang kereta berkenaan yang merupakan wanita berumur 30 tahun tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan rata dan semasa kejadian cuaca baik dengan permukaan jalan kering. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI