fbpx

Capaian borang di e-Filing bagi TT 2012 hingga 2015 ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Capaian e-Borang bagi Tahun Taksiran (TT) 2012 hingga TT 2015 untuk kategori individu, majikan, perkongsian, pertubuhan dan syarikat yang melebihi tempoh tujuh tahun akan
ditamatkan mulai 1 Julai depan.

Ini kerana kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kemudahan e-Filing bagi tahun taksiran berkenaan tidak disediakan berikutan statistik penerimaan e-Borang bagi TT 2012 hingga TT 2015 melalui e-Filing menurun setiap tahun.

Malah kata LHDN, langkah tersebut juga diambil berdasarkan rujukan agensi pentadbir cukai luar negara di mana kebanyakannya hanya menyediakan sistem e-Filing bagi tempoh lima tahun taksiran sahaja.

“Oleh yang demikian, pengemukaan Borang Nyata (BN) TT 2012 hingga TT 2015 selepas tarikh yang dinyatakan boleh dilakukan dengan menggunakan borang kertas.

“Borang ini boleh dimuat turun melalui capaian di portal rasmi https://www.hasil.gov.my/ > Borang> Muat Turun Borang > Individu/Majikan/Selain Syarikat dan Selain Individu/Syarikat,” jelas LHDN dalam satu kenyatan hari ini.

Justeru kata LHDN, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dilakukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat.

Selain itu, orang ramai juga boleh mengemukakan borang maklum balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI