fbpx

APM angkat wanita 200kg pulang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita 200kg itu dibawa menggunakan sebuah lori dari sebuah Hospital Tuanku Jaafar, Seremban ke rumahnya di Hulu Kelang, Selangor pada petang Isnin. - IHSAN APM

GOMBAK – Usaha membawa seorang wanita dengan berat badan 200 kilogram (kg) mengambil masa hampir sejam menggunakan sebuah lori dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban ke rumahnya yang berada di Hulu Kelang, di sini, pada petang Isnin lalu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Gombak, Leftenan Pertahanan Awam Mohd Zhafran Hanafi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membawa wanita tersebut pulang ke rumahnya.

Katanya, seramai lima anggota APM lain-lain pangkat dari daerah Gombak bergegas ke Hospital Tuanku Jaafar bagi usaha membantu wanita terbabit.

“Anggota ke sana dengan menaiki sebuah lori susulan ia lebih luas dan dilengkapi dengan pengangkutan hidraulik.

“Usaha mengangkat wanita berkenaan masuk ke dalam lori bermula sekitar pukul 3 petang,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, usaha membantu urusan tersebut berhasil dengan kerjasama beberapa anggota APM dan juga pihak KKM.

“Proses memindahkan mangsa yang dianggarkan seberat hampir 200 kilogram itu memakan masa hampir sejam selain memastikan pesakit di dalam keadaan stabil dan selesa,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI