fbpx

Aidiladha: Selangor sumbang lembu korban di 13 kampung Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loy Sian (kanan) melihat lembu korban itu di SFV Bestari Jaya, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Sambutan Aidiladha bagi lebih 6,000 masyarakat Orang Asli di 13 buah kampung di Selangor kali ini bermakna apabila menerima sumbangan lembu korban.

Setiap kampung menerima seekor lembu yang disalurkan kerajaan negeri menerusi peruntukan berjumlah RM80,000 dan pengagihan dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), bermula petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, inisiatif khas itu dilaksanakan semula selepas dua tahun tertunda akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

Katanya, pihaknya meluluskan permohonan lembu korban bagi semua kampung Orang Asli di enam daerah itu walaupun agak lewat penerimaannya.

“Kesemua 13 kampung itu memenuhi kriteria ditetapkan terutama mempunyai surau untuk proses melapah dan mengagihkan daging tersebut. Sumbangan itu diharap dapat diagihkan secepat mungkin sekali gus memeriahkan lagi sambutan Aidiladha yang diraikan esok,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan penyerahan lembu itu di Selangor Fruit Valley (SFV), Bestari Jaya di sini, hari ini.

Kampung yang menerima sumbangan lembu korban itu antaranya di Hulu Kuang, Bukit Bandaraya, Bukit Lanjan, Kuala Pangsun, Bukit Bangkong dan Taman Desa Kemandol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI