fbpx

18 tan beras diseludup masuk dari Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis menggagalkan cubaan menyeludup masuk 18 tan beras dari Singapura di Tambak Johor.

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menggagalkan cubaan menyeludup masuk 18 tan beras dari Singapura di laluan import kargo, Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini 22 Jun lalu.

Maqis menerusi satu kenyataan memberitahu, muatan tersebut di bawa oleh sebuah lori dan pemeriksaan dilakukan pada pukul 3 petang dengan kerjasama Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dan Bahagian Kawalselia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Dalam pemeriksaan itu, kita menahan sebuah lori yang cuba membawa 20 ‘jumbo bag’ mengandungi beras dengan anggaran berat 18 tan. Pemeriksaan dibuat mendapati tiada sebarang dokumen bagi mengimport dagangan tersebut di BSI.

“Pemeriksaan lanjut oleh pegawai Maqis mendapati barangan itu cuba dibawa masuk dengan pengikraran menggunakan maklumat barangan lain untuk mengelirukan pegawai penguatkuasa di pintu masuk negara,” jelasnya di sini.

Maqis berkata, nilai beras yang dirampas dianggarkan RM100,000 dan pemandu lori seorang lelaki warganegara tempatan berusia 30-an telah diambil keterangan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI