PUTRAJAYA – Seramai 175,575 pelajar sekolah di seluruh negara menjadi mangsa buli dengan pelbagai cara termasuk mempersendakan wajah hodoh dan badan yang gemuk selain diejek kerana perwatakan lemah lembut bagi golongan lelaki. Daripada jumlah itu, pelajar lelaki paling kerap dibuli apabila seramai 93,300 mangsa mendedahkan pernah menghadapi masalah sosial tersebut. Statistik yang didedahkan menerusi dapatan Tinjauan Kesihatan dan Morbiliti Kebangsaan 2022 Kementerian Kesihatan (KKM) itu turut mendapati, gejala buli dilaporkan tertinggi dalam kalangan pelajar tingkatan satu. Bercakap kepada Kosmo!, KKM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya