fbpx

Suami dicekup berkhalwat ketika isteri tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AW ditangkap sedang berdua-duaan dengan teman wanitanya oleh keluarga mentuanya sendiri selepas mereka mengekori pergerakannya. – Pexels

JAKARTA – Seorang lelaki di Kolaka, wilayah Sulawesi Tenggara ditangkap sedang memadu asmara bersama kekasih gelap di sebuah bilik pejabat ketika isterinya menunaikan ibadah haji di kota suci Mekah, lapor laman berita Batam News semalam.

Lelaki dikenali sebagai AW itu  ditangkap sedang berdua-duaan  oleh keluarga mentuanya sendiri selepas mereka mengekori pergerakannya.

Adik ipar AW  dikenali sebagai ER berkata, dia dan keluarganya curiga terhadap AW selepas dia menghantar isterinya yang berangkat untuk menunaikan haji.

Rasa curiga itu muncul apabila AW kembali ke Kolaka melalui jalan laut di Pelabuhan Tobaku.

Gerak-geri yang mencurigakan membuatkan keluarga mentua  memantau aktiviti AW sehingga mereka mengekori dia memasuki sebuah bangunan pejabat lalu menangkapnya sedang berdua-duaan bersama wanita lain.

Wanita tersebut dikatakan dibawa oleh AW ketika dia pulang ke Kolaka dari Makassar menggunakan pengangkutan laut. 

“Mereka langsung tidak memikirkan bagaimana kakak saya akan menghadapi situasi seperti ini selepas sama-sama berjuang ketika susah. Kakak dan anak saudara saya dinggap seperti sampah,” kata ER.

Tambah ER, AW mengabaikan anaknya yang masih kecil. Si anak setiap hari menghubungi bapanya menggunakan telefon bimbit tanpa mendapat sebarang jawapan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI