fbpx

Sivaraj isytihar keluar MIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivaraj

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara, Datuk C. Sivaraj mengumumkan keluar MIC berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu surat peletakan jawatan yang dikongsikan di Facebook, Sivaraj turut memaklumkan peletakan jawatan sebagai Ketua MIC Cawangan Taman Bukit Kuchai Baru, Puchong, Selangor.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebagai Ahli Dewan Negara dan pemimpin masyarakat India tanpa sekatan mana-mana pihak.

“Sejak menyertai MIC 20 tahun lepas, saya yakin telah menumpukan sepenuh perhatian dan memberi komitmen yang cukup tinggi terhadap perjuangan parti.

“Saya telah menawarkan khidmat bakti sebaik mungkin kepada parti dan masyarakat atas kapasiti saya sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Naib Presiden, ahli Parlimen dan terkini Ahli Dewan Negara,” katanya.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden MIC mendakwa, parti tersebut menganggapnya sebagai ancaman kepimpinan dan disekat dengan pelbagai cara daripada meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat serta negara.

“Jika perkara itu masih berterusan berkemungkinan besar mampu mendorong kepada perpecahan dalam kalangan ahli parti akibat perbezaan pandangan dan pendekatan.

“Saya juga mendoakan agar MIC terus menjadi suara masyarakat India dalam arena politik negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI