fbpx

Rombongan pengantin bawa jambangan wang gergasi, hantaran kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rombongan pengantin lelaki membawa jambangan bunga dengan wang tunai denominasi 100,000 rupiah yang dibentuk seperti kipas di samping sebuah kereta. – TikTok

JAKARTA, Indonesia – Sebuah majlis perkahwinan di Madura, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian ramai selepas rombongan pengantin lelaki membawa dua jambangan wang tunai berbentuk kipas gergasi di samping sebuah kereta sebagai hantaran, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan klip video yang tular di laman TikTok, rombongan pengantin lelaki dilihat membawa jambangan bunga dengan wang tunai denominasi 100,000 rupiah (RM31.12) yang dibentuk seperti kipas.

Jambangan tersebut sungguh besar sehingga boleh menutupi tubuh orang dewasa.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Riyan, majlis perkahwinan pengantin bernama Wahyu dan Nita itu berlangsung di Sumenep.

Menurutnya, kos perbelanjaan majlis tersebut adalah hampir 1 bilion rupiah (RM311,156). Mas kahwin yang diterima pengantin perempuan adalah 300 juta rupiah (RM93,348), manakala kereta baharu yang dihadiahkan sebagai hantaran berharga 400 juta rupiah (RM124,464).

Riyan yang merupakan bapa kepada pengantin lelaki berkata, majlis tersebut diadakan secara mewah kerana mahu membuatkan anaknya berasa gembira.

“Perkahwinan adalah perkara yang berlaku sekali seumur hidup. Penduduk Madura memang begini. Bersusah payah agar anak-anaknya berasa bahagia,” ujarnya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen  netizen.

“Tradisi di Madura memang begitu. Cuma, sekiranya pasangan pengantin bercerai nanti, jangankan kereta, pinggan yang pecah pun akan diambil kembali,” kata seorang pengguna. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI