fbpx

PRN: Kemuka tiga calon bagi setiap semakan kerusi DUN Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat Zulkarnain (tengah) ketika sidang akhbar selepas mesyuarat itu di ibu pejabat UMNO Selangor, Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM – Setiap parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) Selangor perlu mengemukakan tiga nama calon bagi satu-satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengerusi BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, ini selepas perkara tersebut diputuskan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, baru-baru ini.

Katanya, ini juga bagi memudahkan semakan presiden parti masing-masing apabila agihan kerusi untuk BN diumumkan nanti.

“Nama-nama calon itu akan diserahkan ketua bahagian parti masing-masing kepada Pengerusi Perhubungan parti sebelum disemak Presiden parti.

“Maka, BN Selangor tidak sukar hendak mencari calon pada waktu tersebut (selepas agihan kerusi diketahui),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa BN Selangor di Ibu Pejabat UMNO Selangor, malam tadi.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memaklumkan MCA dan MIC ada membuat permohonan beberapa kerusi di DUN Selangor pada PRN kali ini.

“Permintaan kita raikan atas semangat BN, tapi tak bermaksud satu, atau tak ada langsung atau lebih (kerusi yang akan diberikan). Jadi, ini tertakluk kepada perbincangan.

“Mereka boleh mohon dan minta tetapi bukan saya yang akan putuskan. Ini akan diputuskan oleh peringkat kepimpinan tertinggi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI