fbpx

PRN: 7,500 anggota polis ditugaskan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kira-kira 7,500 anggota dan pegawai polis kontinjen Selangor akan ditugaskan mengawal kelancaran musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, persediaan rapi mengenainya dilakukan sejak bulan lalu bagi tujuan kawalan sebelum dan selepas PRN.

“Lebih 50 peratus daripada 15,000 anggota dan pegawai di kontinjen Selangor akan terlibat dalam PRN selain bantuan daripada polis negeri lain yang tidak terlibat dalam PRN.

“Kita akan memperketatkan lagi persediaan dengan ketika ini mempunyai masa mencukupi bagi persediaan rapi melibatkan kawalan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Kempen Memerangi Keganasan Rumah Tangga Polis Selangor di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, pihak telah mengenalpasti kerusi-kerusi panas sepanjang PRN itu namun perkara tersebut akan diumumkan kelak.

“(Berhubung pembekuan cuti), kita belum memutuskannya kerana disifatkan masih terlalu awal.

“Namun, kesiapsiagaan kita berada di tahap tinggi sama ada kekuatan sumber manusia dan aset yang akan diperlukan sepanjang PRN itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI