fbpx

Plus aktifkan laluan ‘SmartLane’ Sempena Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

PETALING JAYA – Plus Malaysia Berhad (Plus) bakal mengaktifkan laluan ‘SmartLane’ pada pukul 8 pagi hingga 6 petang di 5 kawasan kritikal bagi melancarkan aliran trafik sempena Hari Raya Aidiladha.

Pengurus Besar Kanan Operasi Plus, Mohd. Yusuf Abd Aziz berkata, pembukaan lorong ‘SmartLane’ dapat membantu menyuraikan trafik berikutan lonjakan jumlah kenderaan yang dijangka berlaku pada cuti perayaan Aidiladha yang akan datang.

“‘SmartLane’ akan diaktifkan di laluan arah utara antara Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban dan Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai. Selain itu, laluan lain yang dikenal pasti ialah laluan Gua Tempurung – Gopeng, laluan Slim River – Sungkai dan Kawasan Rehat dan Rawat Rawang – Sungai Buaya.

“Ketika ‘SmartLane’ diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk menambah kapasiti lorong dan membantu melancarkan trafik.

“Walau bagaimanapun, pengguna dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan ‘SmartLane’ diaktifkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusuf berkata, kira-kira 2 juta kenderaan bakal menggunakan lebuh raya sempena Aidiladha terutamanya pada hari-hari puncak iaitu 28 Jun (Rabu) dan 1 Julai (Sabtu).

“Peningkatan ini adalah sebanyak 12 peratus berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa,” katanya.

Tambah beliau, pengaktifan laluan ‘SmartLane’ juga turut mendapat sokongan dan Kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI