fbpx

Pesawat dipanah petir sejurus mendarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petir itu menyambar ekor pesawat American Eagle selepas ia mendarat di Arkansas. - ViralPress/@gulfstreamguy

WASHINGTON – Sebuah pesawat komersial disambar petir sejurus selepas mendarat di sebuah lapangan terbang di negeri Arkansas, lapor akhbar Metro UK semalam.

Pesawat milik syarikat penerbangan American Eagle itu mendarat di landasan petang kelmarin dan menunggu ribut reda sebelum bergerak ke terminal.

Seorang jurugambar, Jason William Hamm merakam pesawat jenis Embraer E175 itu selepas dia melihat petir menyambar di lokasi berhampiran.

“Saya tidak fikir petir akan mengenai pesawat itu,” katanya.

 Namun, dua saat kemudian, petir itu menyambar tepat pada ekor pesawat dengan percikan api kelihatan serta-merta.

“Wah, wah. Yang itu kena,” kata seseorang bersebelahan Hamm.

Hamm berkata: “Pesawat itu baik-baik sahaja. Ia bergerak ke terminal seperti biasa selepas menunggu lama di laluan kerana ribut.”

Semua penumpang kemudiannya turun dan juruteknik memeriksa pesawat itu untuk melihat sama ada ia mengalami sebarang kerosakan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI