fbpx

Pemuda jadi sindiket proses, edar dadah dalam peket ‘lolipop’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soffian ketika sidang akhbar rampasan dadah dan tangkapan suspek di IPD Timur Laut hari ini.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar pelbagai jenis dadah di dalam peket berwarna ‘lolipop’ selepas menahan dua pemuda di lokasi berasingan di negeri ini, 23 Jun lalu.

Suspek masing-masing berusia 22 dan 28 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) dengan kerjasama IPD Seberang Perai Tengah bermula pukul 9.15 malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, penahanan suspek pertama di tepi jalan kawasan pusat bandar ini telah membawa kepada penemuan dadah disyaki jenis
methylenedioxy-methamphetamine (MDMA).

Menurutnya, polis menjumpai lima peket dadah yang diisi di dalam peket berwarna oren dengan berat 31 gram bersama lima bungkusan berwarna-warni berisi serbuk MDMA seberat 77 gram.

“Susulan tangkapan suspek pertama yang masih bujang itu telah membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki di sebuah kondominium di kawasan Bukit Mertajam pada pukul 11.40 malam.

“Hasil pemeriksaan lanjut polis telah menemui 200 peket berwarna-warni berisi serbuk dadah disyaki MDMA dengan berat 4,329 gram bernilai RM26,000, dua peket plastik disyaki dadah ketamin, pil eramin (20 biji) dan pil ekstasi (10 biji),” katanya pada sidang akhbar di IPD TL, di sini sebentar tadi.

Soffian memberitahu, hasil risikan mendapati sindiket tersebut telah bergiat aktif sejak awal Januari tahun ini dan pasaran dadah dipercayai untuk edaran di pusat hiburan serta ‘private party’ sekitar negeri ini.

“Setiap bungkusan dijual pada harga RM130 dan polis percaya itu merupakan bungkusan baharu yang belum pasti isian campuran perisa di dalamnya,” jelasnya kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut disita adalah sebuah kereta dengan nilai anggaran RM34,000, jongkong emas bernilai RM1,600 bersama barangan kemas bernilai RM1,100. Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan adalah RM64,669. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI