fbpx

Pasangan kekasih didakwa bunuh warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka, hari ini. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Sepasang kekasih berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di tepi jalan di Ayer Keroh, April lalu.

Tertuduh Muhammad Faris Amjad Jamalludin, 24, dan Noorbaizura Mohd. Fuad, 34, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuran direkodkan sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki, Tan Kue Seng, 71, kira-kira pukul 7 pagi sehingga 9 pagi di Ayer Keroh dalam daerah Melaka Tengah, 9 April lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.

Dalam prosiding berasing di Mahkamah Sesyen, Muhammad Faris turut didakwa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam atas dua pertuduhan merompak warga emas berusia 69 tahun sehingga menyebabkan mangsa cedera dan melarikan beg tangan seorang wanita berusia 34 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di Taman Kota Laksamana pada 22 Mac 2023 dan di Taman Kesidang, 8 April lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun
dan denda dan sebat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan serta penjara sehingga 14 tahun dan dikenakan denda dan sebat bagi hukuman dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan tarikh 1 Ogos depan sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI