fbpx

Nyanyian dipuji, Aufahanie menangis gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUFAHANIE

SHAH ALAM – Selepas beberapa minggu menerima markah kurang memuaskan, penyanyi Aufahanie tidak mampu menahan sebak sehingga menangis kegembiraan apabila menjadi peserta dengan skor antara tertinggi pada konsert suku akhir Big Stage musim kelima (BS5) hujung minggu lalu.

Aufahanie yang mesra disapa Aufa mengakui terharu apabila kerja kerasnya membuahkan hasil dan memuaskan hati juri.

“Sebenarnya semua tahu saya sudah melakukan persembahan yang baik sejak minggu pertama lagi tetapi markah saya masih sama sahaja mendatar.

“Malah saya telah bekerja keras memberikan terbaik, tetapi kecewa melihat markah yang tidak menepati sasaran.

“Apabila juri tetap, Ajai dan Aina memberikan markah tinggi minggu suku akhir, rasa tidak percaya sehingga sebak,” katanya kepada Kosmo! Online usai Big Stage di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Menceritakan detik perjuangan dalam program realiti tersebut, Aufa atau nama lengkapnya Nur Aufahanie Mokhtar mengakui pernah menangis memikirkan strategi memikat hati juri.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 20 tahun itu tidak berputus asa, sebaliknya terus melakukan persembahan terbaik dengan sistem sokongan padu orang sekeliling.

“Saya menangis bersendirian memikirkan apa lagi yang perlu dilakukan untuk memikat hati juri.

“Namun, saya tidak pernah rasa putus asa kerana Cikgu Shafi, umi, kawan-kawan dan kelab peminat yang memberikan kekuatan.

“Kelab peminat saya pun sanggup datang dari jauh untuk memberikan sokongan walaupun markah saya rendah,” katanya lagi.

Pada minggu suku akhir Big Stage, Aufa menerima markah keseluruhan sebanyak 83.67 peratus semasa menyampaikan lagu berjudul Masih Aku Cinta nyanyian asal penyanyi Shila Amzah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI