fbpx

Mohamed Salah ketuai Mesir lawan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya bakal berdepan Mesir yang diketuai Mohamed Salah pada aksi persahabatan antarabangsa September depan.

AKSI persahabatan antarabangsa antara Harimau Malaya dengan pasukan Mesir yang diketuai bintang sensasi Li­verpool, Mohamed Salah pada September depan bukan sesuatu yang mustahil untuk dilangsungkan.

Pada masa ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui pihaknya sudah berhubung dengan beberapa negara yang berada di ranking lebih tinggi daripada Harimau Malaya untuk mengadakan perlawananan persahabatan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman menjelaskan, berita mengenai perlawanan persahabatan Malaysia dengan negara di ranking ke-35 dunia itu lebih kepada khabar angin dan pihaknya perlu menanti jawapan rasmi sebelum membuat pengumuman kepada umum.

“Selagi tiada hitam putih, (kita) tidak akan maklumkan perkara itu kerana tidak tahu betul atau tidak.

“FAM memang ada melakukan perbincangan bersama beberapa negara lain yang berada di kedudukan lebih baik daripada Malaysia bagi mengadakan perlawanan persahabatan. Apa yang boleh saya katakan ketika ini adalah Malaysia sah bertemu China,” katanya.

Rentetan prestasi luar biasa dipamerkan skuad kendalian Kim Pan-gon ketika menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea di Terengganu, peminat mula mengharapkan FAM dapat mengatur aksi persahabatan menentang pasukan lebih baik sebagai ujian sebenar sebelum ke Piala Asia.

Terbaharu, beberapa ciapan di media sosial turut mengaitkan Mesir sebagai salah satu pasukan yang mungkin dihadapi Malaysia pada rehat antarabangsa, September depan.

Pada saingan Piala Asia yang berlangsung Januari tahun depan, Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama gergasi Asia, Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI