fbpx

Mahkamah: Lelaki tular pukul pekerja kedai serbaneka tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh tiba di Mahkamah Bandar Baru Bangi di sini sebentar tadi. Foto oleh FARIZ ROSADIO/KOSMO!

KAJANG – Lelaki yang tular memukul seorang pekerja kedai serbaneka, tiba di Mahkamah Bandar Baru Bangi di sini sebentar tadi.

Suspek yang berusia 30-an itu tiba pada pukul 9.25 pagi dengan diiringi anggota polis.

Minggu lalu, Kosmo! melaporkan hanya kerana ditegur tidak membuat pembayaran tiga batang payung di kaunter, seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam dipukul oleh seorang lelaki di sebuah premis sekitar Bandar Rinching, Semenyih.

Beberapa klip rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dua individu lelaki terlibat dalam insiden memukul pekerja terbabit tular di laman sosial.

Selain rakaman tersebut, gambar swafoto yang diambil oleh seorang lagi suspek bersama mangsa yang telah dipukul juga turut tular.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, berdasarkan laporan pengadu yang juga merupakan mangsa kejadian, premis tersebut telah didatangi oleh dua lelaki tempatan yang tidak dikenali mahu membeli minuman sekitar pukul 5 pagi.

Menurut Mohd. Zaid salah seorang dari suspek kemudian telah mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa mahu membuat sebarang bayaran.

Ekoran tindakan suspek itu, mangsa telah menegur lelaki tersebut sebelum berlakunya pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek.

“Suspek kembali ke dalam premis lalu menumbuk mangsa di bahagian muka sebelum beredar meninggalkan premis,” jelas kenyataan polis itu.

Mohd. Zaid memberitahu, mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital dan tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI