fbpx

Mahkamah: Inspektor percubaan dituduh terima rasuah RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Basree dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas pertuduhan menerima rasuah.

ALOR SETAR – Seorang inspektor percubaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,000 daripada seorang wanita pada tahun lalu.

Tertuduh, Basree Ibrahim, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar didakwa menerima rasuah tersebut daripada seorang wanita yang kini berusia 35 tahun.

Wang suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tidak melakukan suatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipalnya iaitu tidak mengambil tindakan terhadap wanita terbabit yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah restoran di Jalan Alor Mengkudu, di sini kira-kira pukul 8.30 malam, 17 September 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI