PETALING JAYA – Selebriti media sosial sensasi, Kasih Iris Leona tidak pernah lari dari kontroversi apabila hari ini berkongsi borang permohonan mencari teman lelaki di TikTok miliknya.
“Saya sunyi dan saya perlukan penaman, tolong isi. Saya serius,” katanya menerusi kapsyen di TikTok.
Melihat kepada borang permohonan tersebut, individu yang berminat perlu menyenaraikan maklumat diri dan beberapa maklumat lain seperti Top 5 lagu kegemaran dan lima fakta berkenaan diri sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai sempat bergurau dengan perkongsian yang dikongsikan oleh Leona.
“Leo, saya kerja kutip sampah di planet Marikh, basic RM3,000 lepas tak,” komen anti geng kunyit.
“Ada kosong lagi tak? Nak cuba minta, mana tahu boleh teman bergambar raya haji nanti,” seloroh Syakir.
“Salam, betul ke ni?, basic mesti RM7,000 baru lepas kan huhu,” komen seorang pengguna.
Perkongsian Leona di TikTok miliknya meraih perhatian ramai sehingga mencecah tontonan sebanyak 1.4 juta, 72,500 tanda suka dan 1,423 komen. – KOSMO! ONLINE