fbpx

Lebuh Raya Karak sesak hampir 16 kilometer bermula Plaza Tol Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini kesesakan di Lebuh Raya Karak berhampiran Genting Sempah menghala ke Bentong.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) mulai sesak apabila warga kota mula pulang ke kampung sempena cuti perayaan Aidiladha.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), kesesakan sepanjang 15.7 kilometer (km) bermula dari Gombak menuju ke Genting Sempah.

“Trafik juga sesak sepanjang 1.5 km bermula KM 38.5 hingga KM (Genting Sempah-Bukit Tinggi) dan dari KM 49.3 hingga KM 50.6 (1.3KM) (Lentang).

“Kesesakan berikutan pertambahan kenderaan,” tulis LPT.

Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) masih lagi lancar di kedua-dua arah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI