fbpx

Lebih 296 juta penagih dadah pada 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahan sintetik seperti fentanyl kini didapati menguasai pasaran dadah haram. - Foto Polis Persekutuan Australia

NEW YORK – Lebih ramai orang menyuntik dadah berbanding jangkaan sebelum ini, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan tentang penggunaan narkotik di seluruh dunia seperti laporan Perbadanan Penyiaran Britain(BBC) kelmarin.

Secara keseluruhan, lebih 296 juta orang menagih dadah pada 2021 dengan 13.2 juta penagih menggunakan kaedah suntikan, 18 peratus lebih tinggi berban­ding anggaran sebelum ini, kata Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

Dadah sintetik seperti fentanyl dan methamphetamine kini menguasai pasaran, kata UNODC.

Bilangan penagih dadah me­ningkat 23 peratus di seluruh dunia, manakala masalah kesihatan berkaitan dadah turut bertambah 45 peratus dalam tempoh satu dekad kepada hampir 40 juta kes.

Bilangan penagih yang me­nyuntik dadah didapati lebih ramai di rantau Eropah Timur dan Amerika Utara berbanding Asia Timur serta Asia Tenggara.

UNODC berkata, fentanyl telah mengubah pasaran dadah di Amerika Utara dengan impak yang membawa maut.

Dalam tahun 2021 sahaja, sebanyak 90,000 kematian akibat pengambilan berlebihan fentanyl direkodkan di rantau Amerika Utara. Berdasarkan data dari 18 buah negara, UNODC menyatakan bahawa lelaki adalah lima kali lebih cenderung untuk menyuntik dadah berbanding wanita.

“Bagaimanapun, hanya seorang daripada lima penagih mempunyai akses kepada rawatan,” kata PBB, manakala penagih wanita khususnya berdepan halangan untuk mendapatkan rawatan.

Punca keadaan tersebut termasuk bimbang dikenakan tindakan undang-undang, stigma sosial dan takut hilang hak penjagaan anak.

Ketua UNODC, Ghada Waly berkata, dalam banyak keadaan, rawatan gagal diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

“Kita perlu meningkatkan tindak balas terhadap kumpulan pengedaran dadah yang mengeksploitasi konflik dan krisis global untuk meluaskan penanaman dan pengeluaran dadah terla­rang, terutamanya dadah sintetik yang menyebabkan kemudaratan lebih besar,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI