fbpx

KPDN luluskan kuota tambahan 1.09 juta liter petrol dan diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MUAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah meluluskan kuota tambahan minyak petrol dan diesel sebanyak 1.09 juta liter bagi untuk menampung keperluan sempena Aidiladha tahun ini.

Menurut Datuk Seri Salahuddin Ayub, kuota tambahan itu melibatkan 311,000 liter petrol RON95 dan 783,000 liter diesel bagi keperluan di lokasi-lokasi tumpuan terutama di kawasan sempadan negara, termasuk Johor Bahru.

“Sempena cuti Aidiladha sehingga Ahad ini, kita mengambil kira kemungkinan besar berlaku peningkatan penggunaan bahan api, susulan penambahan kenderaan luar biasa di jalan raya untuk pulang ke kampung dan bercuti.

“Jadi, KPDN meluluskan kuota pukal sempadan bagi bulan ini untuk diagihkan kepada tiga syarikat petrol utama iaitu Petronas (529,000 liter petrol dan diesel), Petron (320,000 liter petrol dan diesel) dan Chevron (245,000 liter petro dan diesel),” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Korban dan Akikah Rahmah di Pasaraya Econsave, di sini hari ini.

Tambah Salahuddin, KPDN amat prihatin terhadap isu bekalan petrol pada musim perayaan agar tidak berlaku gangguan yang sekaligus akan meresahkan pengguna.

Katanya, pengguna tidak perlu bimbang Bekalan petrol RON95 dan diesel tahun ini dijangka mencukupi kerana kita sudah membuat persiapan awal dengan meluluskan kuota tambahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI