PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
“Kedah di Langkawi, Sik dan Baling. Perak di Larut, Matang dan Selama. Kelantan di Jeli, Bachok dan Machang. Terengganu di Setiu, Dungun dan Kemaman. Pahang di Lipis, Raub dan Jerantut.
“Selangor di Sabak Bernam, Hulu Langat dan Sepang. Negeri Sembilan di Rembau dan Jempol. Johor di Segamat, Kluang dan Mersing. Sarawak di Betong, Sarikei dan Sibu, manakala Sabah di Pantai Barat, Sandakan dan Kudat,” kata kenyataan itu hari ini.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Putrajaya.
Kata MetMalaysia, amaran cuaca buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE