fbpx

DUN Terengganu dibubarkan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri sewaktu selesai menghadap Sultan Mizan bagi memohon perkenan membubarkan DUN terengganu di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu terbubar secara rasmi mulai esok.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembubaran DUN negeri tersebut telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi.

“Saya telah menghadap Kebawah Duli Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memohon ampuni perkenan membubarkan DUN Terengganu Penggal ke-14.

“Baginda telah mengampuni perkenan untuk membubarkan DUN Terengganu pada 28 Jun (esok),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Ahmad Samsuri menghadap Sultan Mizan bagi memohon perkenan pembubaran DUN Terengganu di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini pada pukul 9 pagi.

Terengganu merupakan salah satu daripada enam negeri lain yang akan melaksanakan PRN tidak lama lagi.

Dua negeri iaitu Kelantan dan Selangor sudah membubarkan DUN masing-masing pada 22 Jun dan 23 Jun lalu manakala Pulau Pinang dan Kedah pada esok serta Negeri Sembilan pula lusa.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Pas berjaya merampas kerajaan negeri Terengganu selepas menguasai 22 kerusi DUN berbanding Barisan Nasional (BN) cuma 10 kerusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI