fbpx

Dewan Negara: Pembabitan swasta, GLC untuk perkasa TVET berdepan cabaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Memorandum Kerjasama Transformasi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bersama syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat swasta berdepan pelbagai cabaran seperti pihak industri menekankan manfaat atau keberhasilan yang bakal mereka perolehi menerusi jalinan kerjasama tersebut.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, elemen itu merupakan satu cabaran penting yang perlu diperjelaskan sebelum sesebuah industri terlibat dalam pelaksanaan program TVET.

“Sesi libat urus dan perbincangan secara berterusan dilakukan untuk meyakinkan impak kerjasama yang terjalin khususnya dalam aspek peningkatan produktiviti dan pendapatan syarikat.

“Selain itu, wujud juga kebimbangan di kalangan industri tentang halangan faktor kewangan dan kekangan masa yang mungkin wujud pada masa hadapan,” katanya dalam Dewan Negara, hari ini.

Sivakumar berkata, kedua-dua faktor itu menjadi pertimbangan pihak industri dalam menjalinkan kerjasama memandangkan ia memerlukan komitmen berterusan dalam usaha merealisasikan impak program TVET.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk C. Sivaraj yang mahu tahu status terkini pelaksanaan memorandum tersebut serta apakah cabaran-cabaran yang telah dikenal pasti setakat ini.

Sementara itu, Sivakumar berkata, dalam konteks tadbir urus pula yang merangkumi elemen kepimpinan, komitmen, kepercayaan dan koordinasi turut mempengaruhi sesebuah industri untuk terlibat dalam kerjasama pelaksanaan program TVET ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI