fbpx

Dewan Negara: Langkawi lokasi paling sesuai untuk penganjuran LIMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertunjukan udara sempena pembukaan LIMA'23 Mei lalu.

KUALA LUMPUR – Kerajaan berpendapat Langkawi amat strategik dan bersesuaian sebagai lokasi penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Langkawi yang menjadi lokasi LIMA sejak tahun 1991 itu memiliki lapangan terbang dan kawasan lapang untuk menempatkan pelbagai jenis pesawat dan kapal terbang, lokasi laut strategik selain infrastruktur mencukupi dan bersesuaian.

“Baru-baru ini ada lebih 100 kapal terbang untuk pertunjukan udara, aerobatik dan statik, kapal terbang ketenteraan, komersial dan jet peribadi. Jadi, kita memerlukan kawasan amat sesuai untuk letakkan kapal terbang dan pesawat ini.

“Untuk pertunjukan aerobatik kita kena tutup lebih kurang empat jam ruang udara, ‘no flying zone’ pada ketika itu, ia akan mengganggu lalu lintas penerbangan awam sebab itu LIMA kita adakan di Langkawi memandangkan lautnya juga merupakan pelabuhan yang terlindung dan kedalamannya sesuai,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Jefridin Atan yang ingin tahu jika cadangan untuk LIMA diadakan di luar Langkawi memandangkan terdapat permintaan tinggi.

Mohamad berkata, Langkawi juga memiliki lebih kurang 15 hotel bertaraf antarabangsa bagi menempatkan pelawat dan pengunjung yang hadir dari dalam dan luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI