fbpx

Dewan Negara: Kastam kenal pasti 105 pemilik kenderaan palsukan dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan.

KUALA LUMPUR – Pasukan petugas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengenal pasti 105 pemilik kenderaan yang disahkan memalsukan dokumen dalam siasatan isu duti kastam terkurang kutip bagi kenderaan import di pulau bebas cukai.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemilik kenderaan berkenaan didapati telah memalsukan dokumen pembuktian taraf pemastautin dan penipuan berkaitan alamat pemastautin pemilik kenderaan.

“Tindakan mengesan dan menyiasat pemilik kenderaan sedang dilakukan oleh pasukan petugas yang ditubuhkan pada 1 Jun lepas.

“Sekiranya terdapat keterangan dan bukti mencukupi, maka tindakan jenayah dan sivil akan diambil terhadap pemilik kenderaan ini,” katanya ketika menggulung usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 di Dewan Negara hari ini.

Ahmad berkata, pasukan petugas JKDM turut mengenal pasti sindiket yang terlibat menjadi orang tengah dalam memalsukan dokumen semasa proses pendaftaran kenderaan import.

Terdahulu, LKAN 2021 Siri 2 yang dikeluarkan pada Februari lepas menunjukkan terdapat kelemahan dalam kutipan duti kastam bagi kenderaan import di PBC sekali gus menyebabkan duti kastam berjumlah RM72.32 juta terkurang kutip pada 2021. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI