fbpx

Anak OKU ‘tinggal’ bersama mayat bapa empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inilah lokasi di mana seorang warga emas ditemui mati di Flat Purnama, Bentong.

BENTONG – Misteri bau busuk sejak Khamis lalu di kawasan Flat Purnama di sini, akhirnya terungkai apabila ia berpunca daripada mayat seorang lelaki yang meng­huni sebuah unit flat di tingkat bawah kawasan berkenaan.

Lebih menyedihkan apabila mayat mangsa, Kan Kok Chong, 64, ‘ditemani’ seorang anaknya yang dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) di dalam bilik rumah.

Difahamkan, anak lelaki mang­sa yang mempunyai masalah pembelajaran berada bersama bapanya yang telah meninggal di dalam rumah berkenaan selama empat hari serta cuba ‘menguruskan’ sendiri kematian warga emas itu di dalam rumah.

Ketika kejadian, isteri mangsa dikatakan tiada di rumah kerana pergi ke rumah seorang lagi anaknya di Kuala Lumpur sejak Rabu lalu.

Jiran sebelah rumah mang­sa, M. Muniandy, 56, berkata, dia menghidu bau busuk sejak Khamis lalu yang semakin kuat berbau sehingga menusuk hidung kelmarin.

“Kali terakhir saya nampak isteri mangsa pada Rabu lalu, jadi saya cuba melihat melalui tingkap kerana bau terlalu busuk dan terkejut apabila nampak mayat mangsa.

“Saya memang amat terkejut dan kemudiannya menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan kejadian ini,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Penolong Pe­ngarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba telah bergegas ke lokasi kejadian selepas me­

nerima laporan pada pukul 4.10 petang kelmarin bagi membantu mengambil mayat mangsa.

Katanya, bomba juga telah membawa pasukan penyiasatan kebakaran bagi menjalankan siasatan kerana terdapat kebakaran di lokasi kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI